Kaedah bermain dalam bilik darjah dan Didik Hibur.
Bermain? Didik Hibur?
Bermain di sini bermaksud bermain permainan yang bermakna dan berkaitan dengan isi pengajaran dan pembelajaran. Manakala Didik Hibur pula adalah satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid.
Biasanya Didik Hibur mestilah mempunyai unsur kelakar, estetik dan permainan muzik.
Banyak kaedah yang digunakan oleh guru dalam mempelbagaikan pengajaran bagi menarik minat murid untuk sentiasa fokus di dalam kelas. Aktiviti teka-teki juga boleh digunakan oleh guru.
Contoh teka-teki yang pernah saya gunakan seperti berikut:
1) Berikan cikgu 3 cara untuk memasukkan gajah ke dalam peti?
Jawapan: i) Buka peti ii) Masukkan gajah iii) Tutup peti
2) Berikan cikgu 4 cara untuk memasukkan zirafah ke dalam peti?
Jawapan: i) Buka peti ii) Keluarkan gajah iii) Masukkan gajah iv) Tutup peti
3) Semua jenis haiwan tinggal di dalam hutan. Pada suatu hari Tarzan telah memanggil semua haiwan untuk berkumpul, tetapi seekor haiwan tidak hadir. Apakah haiwan tersebut?
Jawapan: Zirafah. Sebab zirafah ada di dalam peti.
"Murid-murid mesti sentiasa berfikir jawapan yang paling releven dengan soalan guru. Teka-teki ini juga memerlukan murid mengenalpasti apa kehendak soalan".
4) Dalam sebuah kebun, terdapat semua jenis buah-buahan ditanam di dalamnya. Pada suatu hari, kebun tersebut telah terbakar 100%. Semua jenis buah turut terbakar, kecuali 3 jenis buah-buahan. Apakah buah-buahan tersebut?
Jawapan: i) Buah Keranji ii) Buah Pisang Emas iii) Buah Cempedak
Alasan:
Sorong papan tarik papan,
Buah Keranji dalam perahu,
Suruh makan saya makan,
Suruh mengaji saya tak tahu.
Pisang Emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Buah Cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
"Teka-teki ini boleh dikaitkan dengan Pantun Nasihat".
Banyak lagi teka-teki yang boleh digunakan sebagai aktiviti Didik Hibur ini. Insha Allah di lain masa saya kongsikan lagi.
Boleh lihat video di bawah untuk teka-teki lain.
Video Teka-Teki 1
No comments:
Post a Comment