Tuesday, 22 June 2021

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SECARA DALAM TALIAN

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SECARA ATAS TALIAN



PEMBUKA MAJLIS

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam sejahtera dan salam SEKATA SEHATI SEJIWA buat warga SK Taman Keramat 1 dan hadirin sekalian.

 

Bismillahirrahmanirrahim….

الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسالين، وعلى اله وصحبه اجمعين.

 

رب اشرح لي صدري ويسرلي امري واحلل عقدة من لسان يفقه قولي.

 

Allahummaftah Alaina hikmataka……

La ilaha illallahu wahdahu la syarikalah…..

Wala haula wala quwwata illa billah…

 

UCAPAN PROTOKOL MAJLIS (SOLUTASI)

 

Melati kuntum tumbuh melata

Sayang merbah di pohon cemara

Assalamualaikum mulanya kata

Awal bismillah pembuka bicara.

 

Yang Berusaha Puan Khong Lee Peng,

Guru Besar SK Taman Keramat 1 (SEKATA1)

 

Yang Berusaha En Mohd Jasiman bin Mohd Daie,

Yang Dipertua PIBG SEKATA 1.

 

Yang dihormati En Azmin bin Abdullah

Penolong Kanan Pentadbiran SEKATA 1.

 

Yang dihormati Pn. Hazlina binti Aripin

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SEKATA 1.

 

Yang dihormati Puan Norsuhailawati binti Maksud,

Penolong Kanan Kokurikulum SEKATA 1.

 

Barisan pendidik cemerlang SEKATA1,

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG SEKATA 1

Para ibu bapa dan murid-murid yang sentiasa dalam ingatan

Seterusnya para hadirin yang dirahmati Allah swt. sekalian.

 

NYANYIAN LAGU

 

Sebelum tirai majlis dibuka, marilah kita sama-sama berdiri bagi menghormati dan menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

Hadirin dipersilakan berdiri.

 

————————— Nyanyian Lagu —————————

Hadirin dipersilakan duduk.

 

UCAPAN ALUAN PENGACARA MAJLIS

 

Alhamdulillah.

Pertama dan selamanya marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur kepada Allah swt, kerana dengan izin dan kasih-Nya serta nikmat-Nya jua kita dapat bersama-sama hadir dalam majlis pada pagi yang indah ini walaupun kita semua berada di rumah masing-masing dalam usaha kita memutuskan rantaian COVID-19 dalam negara kita ini khasnya.

 

Meskipun begitu, saya tetap merasakan dekatnya dengan anda semua dengan melihat kata-kata dan ucapan anda semua dalam ruangan komen di YouTube ini.

 

اهلا وسهلا  , Selamat datang diucapkan kepada semua guru, ibu bapa, murid-murid dan seterusnya hadirin yang saya muliakan ke 

 

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH BAGI TAHUN 2021

 

“Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”

Itulah Tema Hari Guru Peringkat Kebangsaan pada tahun ini.


Untuk makluman hadirin sekalian, tema pakaian guru-guru pada sambutan hari guru pada tahun ini ialah “Solidariti untuk Saudara Palestin”. Kita doakan juga saudara-saudara kita di Bumi Palestin dipelihara dan segera merdeka daripada tekanan dan jajahan Zionis.

 

BACAAN DOA

 

Hadirin yang dimuliakan,

 

Belayar bahtera ke tengah lautan, 

Layar bahtera hamba pasangkan,

Sebelum majlis kita teruskan,

Bacaan doa kita panjatkan.

 

Bagi memohon keberkatan pada Yang Maha Esa, marilah kita sama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh al Fadhilul ustaz Ahmad Zulhusni bin Ismail. Majlis mempersilakan.

 

—————————Bacaan Doa ——————————

 

Alhamdulillah.. mudah-mudahan majlis kita pada pagi ini diberkati hingga ke akhirnya dan mendapat rahmat dari Ilahi.

Terima kasih kepada alfadhilul ustaz Ahmad Zulhusni atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

 

UCAPAN WAKIL MURID

 

Hadirin sekalian,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak lengkap majlis jika tiada yang berbicara.

 

Tirai majlis pada pagi ini dibuka dan dimulakan dengan ucapan oleh wakil murid SEKATA 1.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan adik Mohamad Shameer Azrin bin Shahrill, Ketua Murid SEKATA 1 untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

 

——————— Ucapan Ketua Murid ———————

 

 Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada adik Mohamad Shameer Azrin selaku Ketua Murid  atas ucapan itu tadi.

 

UCAPAN GURU BESAR

 

Berburu ke padang datar

Dapat rusa berbelang kaki

Berguru bagai di ajar

Ibarat bunga kembang berseri.

 

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Yang Berusaha Puan Khong Lee Peng, Guru Besar SK Taman Keramat 1.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

 

——————— Ucapan Guru Besar ————————

 

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Khong Lee Peng atas ucapan itu tadi.

 

UCAPAN YDP PIBG

 

Pulang pemburu dengan riangnya

Dapat menghambat si anak rusa

Berjuang guru dengan ilmunya

Menobat martabat si anak bangsa.

 

Hadirin sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha En. Mohd Jasiman bin Mohd Daie, YDP PIBG SEKATA 1 untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bagi Tahun 2021.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

 

———————— Ucapan YDP PIBG ————————

 

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha En Mohd Jasiman bin Mohd Daie atas ucapan perasmian itu tadi.

 

LAFAZ IKRAR GURU MALAYSIA

 

Hadirin sekalian,

 

Paluan gendang pembuka majlis

Klasik tradisional bersatu senada

Bacaan ikrar jadi perintis

Barisan guru tersenyum bangga

 

Majlis diteruskan dengan acara lafaz ikrar Guru Malaysia oleh guru-guru SEKATA 1. Lantaran itu, majlis mempersilakan Yang Dihormati En. Azmin bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran SEKATA 1 untuk memimpin bacaan. Dipersilakan.

 

———————— Acara Lafaz Ikrar —————————

 

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Azmin bin Abdullah atas pimpinan lafaz ikrar sebentar tadi.

 

NYANYIAN LAGU KAMI GURU MALAYSIA

 

Hadirin sekalian,

Marilah kita sama-sama menyaksikan dan mendengarkan nyanyian lagu keramat, Kami Guru Malaysia.

 

SESI PERKENALAN WARGA PENDIDIK SEKATA 1

 

Alhamdulillah. Terima kasih kerana terus setia bersama bagi menjayakan majlis pada hari ini.

 

Biar penat berdiri, jangan penat memberi.

Biar lelah terduduk, jangan lelah membentuk.

Biar penat bercakap, jangan penat berharap.

 

Izinkan saya memperkenalkan barisan guru hebat SEKATA 1. Mungkin juga ada yang dah rindukan cikgu-cikgu yang dah lama tak bersua dan berada di depan mata.

Rindu kamu semua kepada cikgu-cikgu, rindu lagi kami kepada kamu semua.

 

Baiklah, hadirin yang dihormati sekalian, cikgu persilakan bonda kita yang tercinta, Puan Khong Lee Peng.

Siapa tak kenal dengan sosok hebat ini kan? Inilah dia Nakhoda Bahtera SEKATA 1.

 

Seterusnya, Cikgu Azmin bin Abdullah, Orang kanan  Puan Khong Lee Peng. Jangan berani datang mendekat, kalau kerja kamu tidak siap! Hahaha.. 

 

Seterusnya, Puan Hazlina binti Aripin, juga orang kanan Puan Khong Lee Peng. Kebajikan anak-anak SEKATA 1 sentiasa dijaga.

 

Orang kanan Puan Khong Lee Peng yang seterusnya, Puan Norsuhailawati binti Maksud. Bakat anak-anak SEKATA 1 sentiasa dicungkil. Antara orang yang cukup rindukan dengan keriuhan dan kemeriahan Sukan Tahunan Sekolah..

 

Seterusnya kita persilakan anak-anak kapal Nakhoda Besar, Puan Khong Lee Peng.

 

*kump 1*

Gb

En azmin

Puan hazlina

Puan suhaila

Asmaliza

Zulhusni

 

*kump 2*

Romlah

Hannim

Ratnawati

Afifah

Najwan

Noraini

 

*kump 3*

Syuhada S

Syuhada H

Hawa

Rohaidah

Aileen

Hajamah

 

*Kump 4*

Hasmini

Maslina

Syukur

Khari

Yusoff

Hilya

 

*kump 5*

Safiq

Ain

Faizah

Athirah

Hidayah

Suhaimi

 

VIDEO SELINGAN: UCAPAN SELAMAT HARI GURU (MURID)

-      video penyertaan murid

Sebagai selingan, marilah kita saksikan tayangan video penyertaan murid-murid dalam pertandingan Ucapan Selamat Hari Guru. Jom saksikan.

 

PENGUMUMAN PEMENANG PERTANDINGAN (KATEGORI MURID)

 

*Pemenang Mencipta Kad Ucapan*

1. Nur Qaisara Shahmina (1K)

2. Siti Nurzulaikha (5B)

3. Farzana Hadirah (4K)

 

*Pemenang Pertandingan Video Ucapan Hari Guru Paling Kreatif*

1. Zarief Qairy (1K)

2. Muhammad Muhaimin Darwisy (2K)

3. Muhammad Adib Zakwan (6K)

 

VIDEO SELINGAN : FLIP CARD

-      video flip kad murid

Video selingan seterusnya adalah gambar-gambar penyertaan murid-murid dalam Pertandingan Mencipta Kad Ucapan. Jom saksikan.

 

PENGUMUMAN PEMENANG PERTANDINGAN (KATEGORI GURU)

 

*pemenang teka no plat kereta*

1. Teacher Rohaidah

2. Teacher Syuhada Husaini

3. Ustazah Hasmini

4. Ustazah Hawa

5. Cikgu Syuhada Sakeri

 

*Pemenang Video Ucapan Hari Raya*

1.  Cikgu Najwan Khairi

2.  Cikgu Hajamah

3.  Cikgu Nur Afifah

4.  Cikgu Romlah

5.  Cikgu Noraini

 

*Pertandingan Mencipta Dialog Kreatif*

1. Cikgu Syukur

2. Cikgu Rohaidah

3. Cikgu Suhailawati

4. Cikgu Ratnawati

5. Cikgu Hannim

 

PENGUMUMAN PEMENANG 8 KATEGORI GURU

-      undian daripada murid- 

Hadirin sekalian, kita teruskan dengan pengumuman pemenang 8 kategori guru yang telah diundi oleh kamu semua.

Nak tahu tak siapa yang memenangi anugerah ini?

 

VIDEO PENUTUP

 

Hadirin sekalian, marilah kita sama-sama saksikan video yang dibuat khas sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada tahun ini.

 

Lagu Terima Kasih Cikgu, dinyanyikan oleh murid-murid SEKATA 1 bersama-sama Cikgu Najwan Khairi.

 

Mari kita saksikan.

 

UCAPAN PENUTUPAN PROGRAM

 

Dengan tamatnya video itu tadi, maka kita telah berada di hujung acara.

Sungguh tak terasa cepatnya waktu berlalu, seronok cikgu rasa pada hari ini. Walaupun cikgu tak nampak kamu semua, wajah kamu tetap terbayang di hati cikgu.

 

(Haa.. gitu..)

 

Semoga pendamik ini segera berlalu agar dapat kita dapat kembali bersemuka menuntut ilmu.

 

Sebelum tirai majlis ditutup, izinkan cikgu membacakan pantun.

 

Buah rambai tumbuh di hutan

Di hujung ranting buahnya lebat

Hari Guru kita raikan

Semoga majlis mendapat berkat

 

Tuan puteri pergi ke Rasah

Pulang semula sebelah pagi

Kita bertemu akhirnya berpisah

Diizin Allah bersua lagi

 

Kalau ada sumur di ladang

Boleh hamba menumpang mandi

Kalau ada umur yang panjang

Boleh kita berjumpa lagi

 

 

Akhir kalam...

إلى اللقاء

Wabillahittaufiq wal hidayah… wassalamu alaikum wbt.


Link Video : https://www.youtube.com/watch?v=SiA-_07xgqk&t=31s



Galeri











No comments:

Post a Comment

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SECARA DALAM TALIAN

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SECARA ATAS TALIAN PEMBUKA MAJLIS   Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu h Salam sejahtera dan...