Sunday, 24 February 2019

KENAPA AKU MEMILIH KERJAYA SEBAGAI SEORANG GURU

Bismillahirrahmanirrahim, awal kalam..
Assalamualaikum, salam hormat..

::Cita-cita::

Aku masih ingat lagi sewaktu di zaman persekolahan, apabila disoal oleh guru berkenaan cita-cita apabila dewasa nanti, macam-macam jawapan yang aku berikan.

Askar, Polis, Saintis, Pilot, Bomba, Cikgu, Doktor..

Itulah antara jawapan yang sering aku berikan apabila dilontarkan soalan berkenaan. hahaha.. Budak-budak kan? Bila cikgu tanya je, mula la menggelabah.. Sebab tu la macam-macam jawapan yang kita bagi. Biasanya jawapan tu adalah:
  • pekerjaan yang mempunyai pakaian seragam (nampak kacak dan bergaya)
  • pekerjaan ayah atau ibu kita (idola)
  • kerana kita sukakan seseorang cikgu (kerjaya guru la tu)
  • kerana mengikut jawapan kawan
  • kerana kita tahu kerjaya tersebut bergaji besar
  • dan lain-lain lagi la..

Itu cerita semasa kecil-kecil dulu.. Sekarang memang aku bekerja sebagai seorang guru. Kenapa kerjaya ini yang aku pilih daripada berbagai-bagai kerjaya lain yang aku nyatakan semasa kecil dulu?

Ini antara sebabnya:
  1. Tugas mendidik dan menyampaikan ilmu adalah satu pekerjaan yang mulia.
  2. Amal jariah. Pahala berterusan jika ilmu berguna yang kita sampaikan itu diamalkan oleh murid-murid kita. 
  3. Belajar daripada kanak-kanak. Sebenarnya banyak perkara kadang-kadang kita sebagai orang dewasa boleh pelajari daripada kanak-kanak. Tingkahlaku mereka sahaja banyak mengajar kita erti kesabaran, keikhlasan, persahabatan dan lain-lain lagi.
  4. Kerana ILMU itu lebih berguna dan bernilai lebih daripada HARTA. Dengan ilmu kita dapat mengumpul harta, tapi tanpa ilmu harta kita mungkin akan hilang begitu sahaja. Dengan ilmu kita akan dimuliakan, tapi berharta tanpa ilmu mungkin boleh membinasakan.
Sehingga hari ini, aku tetap bahagia dengan kerjaya ini. Seronok malah tidak behenti berfikir tentang sekolah dan murid-murid setiap hari. 
Semoga Allah memberkati pekerjaanku dan mengurniakan kesihatan yang berpanjangan bagi meneruskan tugas ini. Insha Allah..

No comments:

Post a Comment

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SECARA DALAM TALIAN

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SECARA ATAS TALIAN PEMBUKA MAJLIS   Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu h Salam sejahtera dan...