Bundarkan Nombor Kepada Puluh
Terdekat
Ada banyak teknik Bundarkan Nombor ni sebenarnya.. Tapi bagi saya cara ni amat mudah untuk faham lebih-lebih lagi untuk murid Tahun 1.
Biasanya orang guna teknik Nombor Kaya dan Nombor Miskin, tapi kali ini saya tukarkan kepada 10 jari (kanan dan kiri).
INGAT!!!
Nombor kepada Puluh
Terdekat maksudnya kita genapkan nombor yang diberi kepada NOMBOR PULUH yang
paling dekat /hampir.
(10, 20, 30, 40, 50, 60,
70, 80, dan 90)
Contoh soalan: Bundarkan Nombor 76 kepada Puluh Terdekat.
Umpama Garis Nombor, kita
tetapkan nombor Puluh sebelum dan selepas nombor 76 itu.
| Garis Nombor |
Nombor Puluh sebelum 76
adalah 70 dan Nombor Puluh selepas 76 adalah 80.
Sekarang, kita nak tengok
nombor 76 ni lebih dekat/hampir dengan nombor 70 ATAU 80.
Kita lihat nombor belakang
(untuk soalan in adalah nombor 6).
Bulatkan Nombor tersebut.
Kemudian kita lihat nombor 6 tu berada dalam kumpulan jari tangan kiri
atau kanan.
Untuk permulaan ni kita
kira jari kita (sambil belajar membilang) Jadi, nombor 6 berada dalam kumpulan
jari tangan kanan.
Jadi, 76 lebih hampir
kepada kumpulan sebelah kanan iaitu 80.
Oleh sebab itu, jawapannya
adalah 80. Siap!
(70) , 71, 72, 73, 74, 75,
(76) , 77, 78, 79, (80)
Anda boleh rujuk video di bawah untuk lebih faham.
Selamat mencuba!!!
KLIK LINK INI UNTUK LIHAT VIDEO

No comments:
Post a Comment