Tuesday, 23 April 2019

PROJEK RUMAH BATANG AIS KRIM

Projek Rumah Batang Ais Krim



Dah lama sebenarnya teringin nak buat rumah atau apa-apa kraf dengan menggunakan batang ais krim.

Kebetulan pula cikgu sekolah Kakak minta sediakan projek menggunakan bahan-bahan terpakai atau kitar semula. Kakak beria-ia nak buat.. emm, sebagai Cikgu-Kacak, terpaksa la abah ikut kemahuan Kakak tapi dengan syarat Kakak mesti duduk sama-sama dan bantu apa yang patut.. 😄

Oleh kerana kekangan masa dan sibuk dengan urusan kerja, seminggu juga lah baru berjaya siapkan projek ni.. 

Tadaaa... inilah hasilnya.. 😄😊



















Thursday, 14 March 2019

Ibu Bapa Mesti Celik dan Sedar Tanggungjawab Diri

Anak-anak mempunyai potensi diri yang boleh digilap


Sebuah sekolah jemput bapa seorang pelajar (seorang OKU yg tidak dapat melihat) di sekolah itu untuk memberikan ucapan pembukaan mesyuarat agung PIBG. 

Pelajar perempuan yang comel itu membuka majlis dengan membaca al-Quran. Ucapan bapanya di atas pentas dirakam seperti berikut:

Assalamualaikum. Terima kasih pengerusi majlis. Terima kasih pihak PIBG kerana menjemput saya, orang buta, memberi ucapan. 

Tuan-tuan,

Saya rasa ramai orang di dalam dewan, namun saya tidak dapat melihat kalian.

Tadi anak saya membaca al-Quran. Orang cakap anak saya cantik, namun saya tidak dapat melihatnya. Malah saya tidak tahu apa itu kecantikan.

Hari ini saya memakai baju baru, isteri kata saya nampak hensem. Namun saya tidak dapat melihatnya. Malah tidak tahu apa itu kehemseman. (Beliau berhenti seketika, tersenyum)

Tuan-tuan dan puan-puan,

Saya ingin sekali melihat. Ingin melihat wajah anak-anak, orang kata anak-anak semasa kecil comel. 

Saya ingin sekali melihat. Ingin membantu anak-anak ketika belajar di rumah. Namun saya tidak mampu melihat buku mereka. Tidak mampu pun melihat mereka belajar.

Tuan-tuan boleh melihat, bantulah anak-anak belajar dengan penglihatan tuan-tuan. Periksalah beg mereka. Buku nota mereka. Tulisan mereka. 

Saya tidak boleh melihat, tidak boleh berbuat apa-apa. Saya hanya boleh berada di samping mereka. Biar anak-anak melihat, biar ayah buta, tetapi ayah ada. Ya, saya ada menemani mereka. 

(Saat ini semua dewan senyap sunyi.... ibubapa terpaku memandang kepadanya)

Guru-guru ada peranan mereka. Ibubapa yang boleh melihat juga ada peranan mereka. Jangan menjadi ibubapa yang ada mata tetapi tiada di mata anak-anak mereka.

Saya tidak mampu melihat. Tetapi saya pastikan anak-anak tetap ke sekolah. Kerana tanpa ilmu manusia yang ada mata itu buta. Ilmu membuatkan manusia mampu melihat. 

Saya tidak mahu anak-anak saya ada mata, mampu melihat, tetapi hidup ibarat orang buta. Saya juga tidak mahu mereka hidup seperti saya, orang buta. 

Saya tidak ada motor dan kereta. Tuan-tuan ada. Hantarlah anak-anak ke sekolah. Hantarlah ke kelas tambahan di sekolah. Jangan biar mereka buta seperti saya. 

Saya pesan kepada anak-anak. Hormati guru-guru kamu. Kerana mereka yang mengajar kamu ilmu. Tanpa mereka kamu buta dan bisu! 

Tuan-tuan. 

Saya tidak mampu melihat. Tidak mampu memberi tunduk hormat. Kepada guru-guru yang lawa dan smart. Hanya mampu memanjat doa sebagai tanda hormat. Buat guru-guru yang didik anak-anak saya dengan lelah dan penat. 

Tuan-tuan ada mata, boleh melihat. Apakah cukup tanda tuan-tuan hormat? Hormat dengan lisan, percakapan. Hormat dengan perbuatan. Hormat dengan contoh kepada anak. Kalau anda tidak hormat cikgu, anak-anak juga tidak hormat cikgu. 

Kalau dalam mesyuarat PIBG nanti kalian tidak hormat guru dengan percakapan dan perbuatan kalian, bagaimanakah anak-anak akan hormat guru mereka dan kalian? 

Anak-anak tidak ikut kata-kata kalian, tetapi ikut contoh perbuatan kalian. Mereka bukan seperti saya. Mereka bukan buta. Hanya mendengar lisan. Tidak melihat contoh kalian. 

Tuan-tuan,

Cukuplah ini sekadar ucapan. Orang buta yang tuan-tuan mungkin tidak pernah hairan. Terima kasih sekali lagi menjemput berdiri di hadapan kalian. Ingin saya melihat anda di dewan namun tidak kesampaian.

Orang kata hari ini langit cerah, biru cantik indah di awan. Namun saya tidak mampu melihat menikmati keindahan ciptaan tuhan. 

Sekian. Salah silap terkasar bahasa harap maafkan.

Untuk diri saya & kita semua.


Sumber: Perkongsian daripada Whatsapp Group

Friday, 1 March 2019

MENCARI PERIMETER SEMUDAH ABC


PERIMETER

Perimeter ialah ukuran panjang keliling sesuatu objek, kawasan, atau rajah. Ia berasal dari perkataan Greek peri dan meter. Perimeter boleh digunakan samada untuk laluan atau panjang – ia boleh dianggap sebagai panjang ukur lilit sesuatu bentuk. Perimeter untuk bulatan dipanggil lilitan. (Wikipedia)

Bila sebut sahaja perimeter, apa yang kamu boleh jelaskan kepada cikgu?
  1. Bentuk 2 Dimensi (2-D)
  2. Ukur keliling sesebuah bentuk
  3. Ukur keliling dengan menambah
  4. Operasi tambah (+)
  5. Hasil tambah semua sisi luar sesebuah bentuk
  6. Pagar
Bagus, semua jawapan di atas betul !


Matematik itu mudah.. Kita kenal, kita tahu, kita praktis, pasti akan jadi mudah. Ramai murid gagal dalam subjek Matematik sebab tidak buat latihan. kalau buat pun, latihannya tidak cukup. jika latihan cukup, kita akan mudah faham setiap topik yang sudah kita pelajari.

Baik, kita dah tahu apa itu Perimeter, sekarang, bagaimanakah cara untuk selesaikan operasi ini?




Perimeter    =   2 + 2 + 2 + 2
=   8

Contoh 2 :



Perimeter    =    3 + 4 + 3 + 4
=    14



Contoh 3 :



Perimeter    =   3 + 6 + 4
=   13


Contoh 4 :



Perimeter    =   3 + 3 + 3 + 3 + 3
=   15


Contoh 5 (Bentuk Gabungan) :




Perimeter    =   2 + 2 + 6 + 4 + 2
=   16


Baik, cuba kamu selesaikan soalan ini.

Soalan : Cari perimeter bentuk gabungan di bawah.




Video Pengajaran: Perimeter Bentuk Gabungan

,





Thursday, 28 February 2019

TEKA-TEKI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ?

Kaedah bermain dalam bilik darjah dan Didik Hibur.



Bermain? Didik Hibur?

Bermain di sini bermaksud bermain permainan yang bermakna dan berkaitan dengan isi pengajaran dan pembelajaran. Manakala Didik Hibur pula adalah satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid.

Biasanya Didik Hibur mestilah mempunyai unsur kelakar, estetik dan permainan muzik.


Banyak kaedah yang digunakan oleh guru dalam mempelbagaikan pengajaran bagi menarik minat murid untuk sentiasa fokus di dalam kelas. Aktiviti teka-teki juga boleh digunakan oleh guru.

Contoh teka-teki yang pernah saya gunakan seperti berikut:

1) Berikan cikgu 3 cara untuk memasukkan gajah ke dalam peti?
    
    Jawapan: i) Buka peti   ii) Masukkan gajah   iii) Tutup peti

2) Berikan cikgu 4 cara untuk memasukkan zirafah ke dalam peti?

    Jawapan: i) Buka peti   ii) Keluarkan gajah   iii) Masukkan gajah   iv) Tutup peti

3) Semua jenis haiwan tinggal di dalam hutan. Pada suatu hari Tarzan telah memanggil semua haiwan untuk berkumpul, tetapi seekor haiwan tidak hadir. Apakah haiwan tersebut?

    Jawapan: Zirafah. Sebab zirafah ada di dalam peti.

"Murid-murid mesti sentiasa berfikir jawapan yang paling releven dengan soalan guru. Teka-teki ini juga memerlukan murid mengenalpasti apa kehendak soalan".

4) Dalam sebuah kebun, terdapat semua jenis buah-buahan ditanam di dalamnya. Pada suatu hari, kebun tersebut telah terbakar 100%. Semua jenis buah turut terbakar, kecuali 3 jenis buah-buahan. Apakah buah-buahan tersebut?

    Jawapan: i) Buah Keranji   ii) Buah Pisang Emas   iii) Buah Cempedak

    Alasan:

Sorong papan tarik papan,
Buah Keranji dalam perahu,
Suruh makan saya makan,
Suruh mengaji saya tak tahu.

Pisang Emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Buah Cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

"Teka-teki ini boleh dikaitkan dengan Pantun Nasihat".

Banyak lagi teka-teki yang boleh digunakan sebagai aktiviti Didik Hibur ini. Insha Allah di lain masa saya kongsikan lagi.

Boleh lihat video di bawah untuk teka-teki lain.

Video Teka-Teki 1


Monday, 25 February 2019

Bundarkan Nombor. Murid Lemah Pun Boleh Buat !


Bundarkan Nombor Kepada Puluh Terdekat

Ada banyak teknik Bundarkan Nombor ni sebenarnya.. Tapi bagi saya cara ni amat mudah untuk faham lebih-lebih lagi untuk murid Tahun 1.

Murid lemah pun boleh buat dengan cara ini.!!!


Biasanya orang guna teknik Nombor Kaya dan Nombor Miskin, tapi kali ini saya tukarkan kepada 10 jari (kanan dan kiri).
Tangan kiri (0,1,2,3,4) Tangan kanan (5,6,7,8,9)



INGAT!!!
Nombor kepada Puluh Terdekat maksudnya kita genapkan nombor yang diberi kepada NOMBOR PULUH yang paling dekat /hampir.

(10, 20, 30, 40, 50, 60, 70, 80, dan 90)



Contoh soalan: Bundarkan Nombor 76 kepada Puluh Terdekat.

Umpama Garis Nombor, kita tetapkan nombor Puluh sebelum dan selepas nombor 76 itu.


Garis Nombor


Nombor Puluh sebelum 76 adalah 70 dan Nombor Puluh selepas 76 adalah 80.
Sekarang, kita nak tengok nombor 76 ni lebih dekat/hampir dengan nombor 70 ATAU 80.

Kita lihat nombor belakang (untuk soalan in adalah nombor 6).
Bulatkan Nombor tersebut.
Kemudian kita lihat nombor 6 tu berada dalam kumpulan jari tangan kiri atau kanan.

Untuk permulaan ni kita kira jari kita (sambil belajar membilang) Jadi, nombor 6 berada dalam kumpulan jari tangan kanan.
Jadi, 76 lebih hampir kepada kumpulan sebelah kanan iaitu 80.
Oleh sebab itu, jawapannya adalah 80. Siap!

(70) , 71, 72, 73, 74, 75, (76) , 77, 78, 79, (80)

Anda boleh rujuk video di bawah untuk lebih faham.
Selamat mencuba!!!


KLIK LINK INI UNTUK LIHAT VIDEO

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SECARA DALAM TALIAN

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SECARA ATAS TALIAN PEMBUKA MAJLIS   Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu h Salam sejahtera dan...